JoM ReDAH !!!!
redah selagi boleh...... huhuhu
Saturday, October 9, 2010
perjumpaan mggu ke sembilan 8/10/2010
mggu nie, mggu last ko-rekreasi... mggu nie kteorg wat test... test 2 agak susah la gak... huhu.. lepas abes test 2 kteorg dengar amanat-amanat terakhir dr En. Muiz... rase sedih pon ade mse 2... tp TERIMA KASIH EN.MUIZ.........!!! kami telah berjaya menamatkan ko-rekreasi tahap 1.....
perjumpaan mggu ke lapan 1/10/2010
Perjumpaan pd mggu kami melakukan presentation. Presentation ini berkenaan ikhtiar hidup semasa di dalam hutan. Setiap kumpulan di tugaskan untuk memilih satu tajuk berdasarkan alm semesta/ alam sekitar sebagai contoh, tajuk yang kumpulan saya pilih ialah bintang.
Fungsi bintang:-
-menentukan arah dan arah kiblat
-keadaan cuaca juga dapat diramalkan melalui bilangan bintang di langit. Sekiranya bintang di langit
kelihatan banyak, maka cuaca pd mlm itu cerah. Jika bintang tidak kelihatan dilangit, maka cuaca pd
mlm itu mendung
selain dr presentation bintang, ade bnyk lagi tajuk contohnye, asas pelindungan, pokok, matahari, sumber api dan lain-lain
perjumpaan mggu ke tujuh 24/9/2010
perjumpaan mggu ke enam 3/9/2010
Perjumpaan pd mggu ini kami mempelajari ikatan atau simpulan tali. Terdapat beberapa ikatan dan simpulan yang kami pelajari antaranya ialah:-
-ikatan tindih kasih
-simpul manuk
-ikatan 8
-ikatan bunga-geti
-ikatan buku sila
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
simpul manuk
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi)
simpul 8
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots
simpul bunga-geti
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break
simpul buku sila
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat
perjumpaan mggu kelima 20/8/2010
Perjumpaan pd mggu nie, kami belajar tentang cara memasang khemah, jika mggu lepas kami berlajar secara teori pad mggu nie pula kami mempraktikan apa yang telah kami pelajari pd mggu lepas. Terdpat 3 jenis khemah iaitu:-
-khemah berbentuk A
- khemah igloo
-khemah berangka
Sebelum memasang khemah kita pelu memastikan dan melihat keadaan persekitaran selamat dan jauh dr ganguan atau serangan binatang buas. Antara kriteria sebelum memasang khemah ialah:-
-dekat dgn sumber air
-tidak mendirikan khemah di tanah lembab atau kawasan yang berair
-menjauhi kawasan yang terdedah dgn tiupan angin yg kuat
-kawasan khemah perlu jauh daripada laluan jalan iaitu 100m-200m dr laluan jln
Friday, October 8, 2010
perjumpaan mggu keempat 13/8/2010
perjumpaan mggu ke-4 kami merupakan mggu kraf perkhemahan. kami di dedahkam dengan peralatan perkhemahan serta peralatan abseiling. antara barang-barang di perlukan semasa perkhemahan ialah:
-sleeping bag
-dry bag
-lampu suluh
-first aid kit
-multi-purpose knife dan lain-lain lagi.
-sleeping bag
-dry bag
-lampu suluh
-first aid kit
-multi-purpose knife dan lain-lain lagi.
selain itu juga kami didedahkan dengan peralatan abseiling antaranya ialah:-
-helmet
-tali kermantle
-figure of 8
-harness
-carabiner
di samping itu juga.. en muiz ade menerangkan tentang pemilihan beg yang sesuai untuk perkhemahan.
perjumpaan mggu ketiga 6/8/2010
perjumpaan pada mggu ke 3 kami melakukan warming up untuk memanaskan badan sebelum turun ke tasik.. ssebelum menaiki kayak juga kami di dedahkan dengan aktviti self confident di mana kami di arahkan menyelamkan diri di dalam tasik selama beberapa minit.. selepas itu barulah kami menaiki kayak dan menyusuri mengelilingi tasik Shah Alam....
Subscribe to:
Posts (Atom)