Saturday, October 9, 2010

perjumpaan mggu ke enam 3/9/2010

Perjumpaan pd mggu ini kami mempelajari ikatan atau simpulan tali. Terdapat beberapa ikatan dan simpulan yang kami pelajari antaranya ialah:-
-ikatan tindih kasih
-simpul manuk
-ikatan 8
-ikatan bunga-geti
-ikatan buku sila


ikatan tindih kasih


Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.




simpul manuk

Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi)




simpul 8

Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots


simpul bunga-geti

Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break


simpul buku sila

Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat




No comments:

Post a Comment